RSS

Tuesday 4 September 2012

الشيوغ للإمام ابن كثير

  • ابن غيلان البعلبكي الحنبلي المتوفى سنة 730هـ.
  • في القراءات: محمد بن جعفر اللباد المتوفى سنة 724هـ.
  • في النحو: ضياء الدين الزربندي المتوفى سنة 723هـ.
  • الحافظ ابن عساكر المتوفى سنة 723هـ.
  • الإمام بدر الدين ابن جماعة المتوفى سنة 733هـ.
  • المؤرخ علم الدين البرزالي المتوفى سنة 739هـ.
  • ابن الزملكاني المتوفى سنة 727هـ.
  • ابن قاضي شهبة المتوفى سنة 726هـ.
  • ابن تيمية المتوفى سنة 728هـ.
  • حافظ ذلك الزمان الحافظ المزي المتوفى سنة 742هـ.
  • الحافظ أبو عبد الله محمد بن أحمد الذهبي،
  • الشيخ أبو العباس أحمد الحجار الشهير بـ "ابن الشحنة".
  • الشيخ أبو إسحاق إبراهيم الفزاري،
  • الحافظ كمال الدين عبد الوهاب الشهير بـ "ابن قاضي شهبة".
  • الإمام كمال الدين أبو المعالي محمد بن الزملكاني،.
  • الإمام محيي الدين أبو زكريا يحيى الشيباني،.
  • الإمام علم الدين محمد القاسم البرزالي،
  • الشيخ شمس الدين أبو نصر محمد الشيرازي،
  • الشيخ شمس الدين محمود الأصبهاني،
  • عفيف الدين إسحاق بن يحيى الآمدي الأصبهاني،
  • الشيخ بهاء الدين القاسم بن عساكر،.
  • أبو محمد عيسى بن المطعم،.
  • عفيف الدين محمد بن عمر الصقلي،
  • الشيخ أبو بكر محمد بن الرضى الصالحي،.
  • محمد بن السويدي، بارع في الطب،
  • الشيخ أبو عبد الله بن محمد بن حسين بن غيلان،
  • الحافظ أبو محمد عبد المؤمن الدمياطي،
  • موسى بن علي الجيلي،
  • جمال الدين سليمان بن الخطيب، قاضي القضاة،
  • محمد بن جعفر اللباد، شيخ القراءات · شمس الدين محمد بن بركات،
  • شمس الدين أبو محمد عبد الله المقدسي،
  • الشيخ نجم الدين بن العسقلاني،
  • جمال الدين أبو العباس أحمد بن القلانسي،
  • الشيخ عمر بن أبي بكر البسطي،.
  • ضياء الدين عبد الله الزربندي النحوي،
  • أبو الحسن علي بن محمد بن المنتزه،
  • الشيخ محمد بن الزراد،
Sumber: Klik sini

Monday 13 August 2012

Metodologi Penulisan Ibn Kathir dalam tafsir

Metodologi Penulisan Ibn Kathir
Secara keseluruhannya ada 3 perkara penting yang menjadi asas metodologi Ibn Kathir dalam tafsirnya iaitu pergantungan kepada sumber yang ma’thur, penerangan tentang Israiliyyat dan penjelasan tentang hukum.

Sumber Yang Ma’thur
Apabila mentafsirkan sesuatu ayat, Ibn Kathir akan merujuk kepada sumber yang ma’thur. Sumber ma’thur( tafsir bil ma’thur) ialah penafsiran al-Quran yang bersandar kepada riwayat-riwayat yang sahih menurut urutan yang telah disebutkan di dalam syarat-syarat seorang ahli tafsir iaitu tafsir al-Quran dengan al-Quran, dengan sunnah, pendapat sahabat dan tabiin. Ringkasnya tafsir bil ma’thur ada 4 jenis iaitu:
a) mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran
Contohnya apabila Ibnu Kathir mentafsirkan Istiazah dan menjelaskan hukumnya semasa mentafsirkan surah al-Fatihah, beliau menyebut ayat yang memerintahkan orang mukmin supaya memohon perlindungan dari Allah SWT dari surah al-a’raf yang mentafsirkan makna isti’azah itu.
واما ينزغنك من الشيطان نزغ فاستعذ بالله انه سميع عليم  
)Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.(

b)      mentafsirkan al-Quran dengan sunnah
Jika tidak didapati keterangan daripada ayat al-Quran, maka Ibn Kathir akan mentafsirkannya berdasarkan hadis yang sahih. Contohnya semasa menafsirkan ayat 284 surah al-Baqarah:

لله ما في السموت وما في الأرض وان تبدوا ما في أنفسكم أو تحفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء ولله علي كل شيء قدير
(Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Semasa mentafsirkan ayat ini, Ibnu Kathir menyebut hadith-hadith ketika turunnya ayat ini yang menunjukkan ianya sangat berat bagi sahabat kerana Allah memberitahu bahawa Dia(Allah) akan menghitung lintasan hati mereka. Walaubagaimanapun lintasan di hati tidak akan dihukum sehinggalah ialah dizahirkan dalam bentuk perbuatan. Di antara hadis berkenaan ialah:

1)      (Sesungguhnya Allah tidak menghukum umatku dalam perkara yang terlintas dihati selagi mana tidak dilakukan atau diperkatakan-Bukhari)

2)      (Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu keburukan maka ia tidak akan ditulis, dan sekiranya dilakukan maka dicatat satu keburukan, Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan maka akan ditulis satu kebaikan, sekiranya dilakukan maka dicatat sepuluh kebaikan-Muslim)


c)      mentafsirkan al-Quran dengan pendapat sahabat.
Apabila tidak terdapat keterangan daripada al-Quran dan hadis, beliau akan merujuk kepada pendapat para sahabat. Ini kerana para sahabat merupakan orang yang adil dan mereka merupakan orang yang paling mengetahui tentang keadaan wahyu semasa ianya diturunkan. Ini berdasarkan kata-kata IbnuMas’ud: Demi  Allah  tidak suatu ayat itu turun kecuali aku tahu bagi siapa ayat itu turun dan di mana turunnya. Dan, jika ada seseorang yang lebih mengetahui dariku mengenai kitab Allah, pastilah aku akan mendatanginya.
Contohnya seperti tafsiran beliau untuk ayat 10 surah al-Baqarah berkenaan dengan orang munafik. Firman Allah SWT:
في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون
( Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta)
Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini menyebut beberapa tafsiran yang diberikan oleh sahabat dan tabiin. Di antaranya tafsiran dari Ibnu Abbas, Ibnu Masud dan beberapa sahabat nabi yang lain bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah dalam hati mereka (orang munafik) ada perasaan syak lalu Allah menambah syak mereka. Beliau juga menyebut pendapat para sahabat dan tabiin yang lain di dalam menafsirkan ayat ini

d)     merujuk kepada pendapat tabiin
Cara ini merupakan cara terakhir dalam menafsirkan al-Quran dengan metode bil ma’thur. Ibn Kathir berpendapat tafsiran tabiin dapat diterima apabila mereka tidak berselisih pendapat mengenai sesuatu perkara. Jika mereka berselisih pendapat terhadap sesuatu tafsiran, maka pendapat tersebut hendaklah diteliti terlebih dahulu dengan merujuk kepada kaedah bahasa al-Quran atau sunnah atau merujuk kepada keumuman bahasa arab atau pendapat para sahabat untuk menentukan kebenarannya.

Penjelasan Tentang Israiliyat
Beliau juga menjelaskan dalam tafsirnya riwayat-riwayat Israiliyyat dan memberikan pendapatnya berkaitan riwayat itu. Contohnya semasa menafsirkan kisah lembu betina, selepas beliau mengemukakan riwayat-riwayat berkaitan lembu betina beliau menegaskan bahawa riwayat ini diambil daripada kitab-kitab Bani Israel. Ia merupakan riwayat yang harus untuk kita menukilkannya namun kita tidak sekali-kali membenarkannya dan tidak juga menolaknya. Justeru itu, kita tidak berpegang dengannya kecuali apa yang bersamaan dengan al-Quran dan sunnah

Perbincangan Hukum Feqh
Selain itu, Ibn Kathir juga turut membicarakan masalah feqh. Apabila beliau mentafsirkan ayat yang berkaitan dengan hukum, beliau akan menyebut pandangan para ulama disertai dengan dalil masing-masing. Kemudian beliau akan mentarjihkan pendapat itu berdasarkan dalil yang paling mantap. Sebagai contohnya semasa beliau mentafsirkan ayat 185 al-baqarah, jika kamu dapat melihatnya maka berpuasalah. Beliau menyebut 4 masalah yang berkaitan dengan ayat ini. Kemudian beliau menyebutkan pandangan para ulama tentangnya berserta dalil mereka.

Sumber:
http://elmargi.blogspot.hk/2012/06/metodologi-penulisan-ibn-kathir-dalam.html

Kekeliruan antara Imam Ibn Kathir: Tokoh Qiraat dan pengarang kitab Tafsir

Ramai yang menyangka tokoh Imam Ibnu Kathir, tokoh Qiraat Tujuh yang mashyur itu yang terkenal adalah orang yang sama yang mengarang kitab Tafsir Ibn Kathir itu.
Sebenarnya Ibnu Kathir yang akan dibicarakan ini adalah Al-Hafidz 'Imaduddin Abul Fida' Ismail bin 'Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi pengarang Kitab Tafsir Ibnu Kathir dan kitab Bidayah Wa Nihayah tetapi bukanlah tokoh Imam Qiroat Tujuh yang mashyur itu.

Sumber

Mengenal Imam Al-Hafidz Ibnu Kathir


Beliau ialah al-Hafiz, al-Muarrikh, al-Mufassir ; Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau' al-Qurasyi al-Dimasyqi. Dilahirkan tahun 701 Hijrah di Mijdal (salah satu tempat di tanah arab dikatakan berhampiran al-qasim) kemudian berpindah ke Damsyik bersama abangnya selepas kewafatan bapanya pada tahun 707 Hijrah. Telah menghafal al-Quran pada tahun 711 Hijrah iaitu ketika berumur 10 tahun. Mempelajari ilmu Qiraat dan mendalami ilmu Tafsir, telah menghafal matan at-tanbih dalam mazhab Syafie tahun 718 Hijrah. Beliau menghafal Mukhtasor ibnu Hajib dan seterusnya mempelajari ilmu fekah dengan Syeikh Burhanuddin al-Fazzari dan Syeikh Kamaluddin bin Qadhi Syabah.
Beliau kemudiannya telah menjadi anak menantu kepada al-Hafiz Abul Hajjaj al-Mizzi, mendalami ilmu hadis dengan bapa mertuanya, menemani gurunya Syaikhul Islam ibnu Taimiyyah dan beliau diberi tempat khas. Beliau mendalami ilmu Usul dengan al-Asfahani, mendengar hadis dari Ali bin Nasir ibnu as-Syirazi, Abul Qasim bin A'sakir dan ramai lagi. Syeikh ibnu Kathir juga mendalami ilmu Isnad, ILal, ilmu al-Rijal dan Tarikh sehinggalah beliau menekuninya dalam usia yang muda. Beliau memberi fatwa, mengajar dan berdiskusi sehinggalah beliau menjadi orang yang hebat dalam bidang Fekah, Tafsir dan Nahu.
Beliau menjadi tenaga pengajar di beberapa tempat antaranya ; Darul Hadis al-Asyrafiyah, Madrasah al-Solehiyyah, Madrasah al-Najibiyyah, Madrasah al-Tankiziyyah dan Madrasah an-Nuriyyah al-Kubra.

Sanjungan dan pujian ulama terhadap beliau;
Berkata imam az-Zahabi ; "Ismail bin Umar bin Kathir adalah imam, al-Faqih, al-Muhaddis, tersohor Imaduddin al-Syafie, Fakeh lagi mantap, beliau juga ahli Tafsir yang memiliki pelbagai karangan yang berfaedah, memahami bahasa arab dan usul, menghafaz beberapa Matan, Tafsir, nama-nama Rijal dan keadaan mereka, mendengar dariku dan beliau memiliki hafalan dan pengetahuan".(Mu'jam Muhaddisin 1/56)
Al-Hafiz ibnu Hajar pula berkata; " Ismail bin Umar bin Kathir as-Syaiekh Imaduddin dilahirkan tahun 700 atau lebih sedikit, bapanya wafat tahun 703 Hijrah, membesar di Damsyik, mendengar dari ibnu as-Syahnah, ibnu al-Zarrad, Syeikh Ishak al-Amidi, ibnu Asakir, al-Mizzi, ibnu al-Ridho', berkerja keras dalam bidang hadis, Matan dan Rijalnya, menghimpunkan Tafsir, menghimpunkan al-Tarikh yang dinamakan al-Bidayah Wan Nihayah, menghimpunkan Tobaqat as-Syafieyyah, mengeluarkan hadis-hadis hukum, hadis-hadis Mukhtasor ibnu al-Hajib, mula mensyarah Soheh Bukhari, mendampingi al-Mizzi dengan membaca Tahzib al-Kamal, mengahwini anak perempuan al-Mizzi, mendalami ilmu dari ibnu Taimiyyah sehingga beliau terfitnah dengan kecintaan beliau terhadap ibnu Taimiyyah, di fitnah dan di uji dengan sebab gurunya itu…."al-Durar al-Kaminah Fi A'yan al-Mi'ah al-Thaminah" (1/445)

Mazhab beliau;
Beliau menuntut ilmu Fekah daripada ulama Syafieyyah, menghafal kitab-kitab mereka, menulis kitab-kitab khas tentang mereka. Pada ketika itu Mazhab Syafie adalah yang tersebar di bumi Syam (Syiria, Jordan, Palestin dan Lubnan) dan Mesir. Imam as-Subki berkata; dua iklim ini (Syam dan Mesir) sehinggalah ke Iraq adalah pusat pemerintahan Mazhab Syafie". (Tobaqat as-Syafieyyah al-Kubra : 1/326).
Sebab itu bukanlah suatu yang pelik apabila ibnu Kathir berMazhab Syafie dan kewujudan ulama-ulama Syafie yang ramai ini tidak bererti menafikan kewujudan Mazhab-Mazhab lain di Syam. Sebagaimana Mazhab Hambali juga wujud sebagai contoh Syeikh Abdul Ghani al-Maqdisi dan keluarganya, begitu juga keluarga ibnu Taimiyyah dan ulama-ulama dari Mazhab yang lain.

Kewafatan al-Imam ibnu Kathir;
Beliau meninggal dunia pada bulan Sya'ban tahun 774 Hijrah, setelah jatuh sakit pada penghujung usianya. Semoga Allah merahmati al-Hafiz ibnu Kathir dan menempatkan beliau di syurga Firdaus bersama para Anbiya dan Solehin. Amin.

Sumber:

Monday 16 July 2012

Bidang Karya Imam Ibn Kathir



Ilmu tafsir

Ibnu Katsir menulis tafsir Qur'an yang terkenal yang bernama Tafsir Ibnu Katsir. Hingga kini, tafsir Alquran al-Karim sebanyak 10 jilid ini masih menjadi bahan rujukan sampai sekarang dalam dunia Islam. Di samping itu, ia juga menulis buku Fada'il Alquran (Keutamaan Alquran), berisi ringkasan sejarah Alquran.

Ibnu Katsir memiliki metode sendiri dalam bidang ini, yakni:

Menggunakan kaedah menafsir yang paling rajih iaitu Alquran dengan Alquran sendiri. Selanjutnya bila penafsiran Alquran dengan Alquran tidak didapatkan, maka Alquran harus ditafsirkan dengan hadits Nabi Muhammad, sebab menurut Alquran sendiri Nabi Muhammad memang diperintahkan untuk menerangkan isi Alquran. Jika yang kedua tidak didapatkan, maka Alquran harus ditafsirkan oleh pendapat para sahabat karena merekalah orang yang paling mengetahui konteks sosial turunnya Alquran. Jika yang ketiga juga tidak didapatkan, maka pendapat dari para tabiin dapat diambil.

Ilmu hadith
Ibnu Katsir pun banyak menulis kitab ilmu hadis. Di antaranya yang terkenal adalah :

Jami al-Masanid wa as-Sunan (Kitab Penghimpun Musnad dan Sunan) sebanyak delapan jilid, berisi nama-nama sahabat yang banyak meriwayatkan hadis;

Al-Kutub as-Sittah (Kitab-kitab Hadis yang Enam) yakni suatu karya hadis;

At-Takmilah fi Mar'ifat as-Sigat wa ad-Dhua'fa wa al-Mujahal (Pelengkap dalam Mengetahui Perawi-perawi yang Dipercaya, Lemah dan Kurang Dikenal);

Al-Mukhtasar (Ringkasan) merupakan ringkasan dari Muqaddimmah-nya Ibn Salah; dan

Adillah at-Tanbih li Ulum al-Hadits (Buku tentang ilmu hadis) atau lebih dikenal dengan nama Al-Ba'its al-Hadits.

Ilmu sejarah
Bidang ilmu sejarah juga dikuasainya. Beberapa karya Ibnu Katsir dalam ilmu sejarah ini antara lain :

Al-Bidayah wa an Nihayah (Permulaan dan Akhir) atau nama lainnya Tarikh ibnu Katsir sebanyak 14 jilid,

Al-Fusul fi Sirah ar-Rasul (Uraian Mengenai Sejarah Rasul), dan

Tabaqat asy-Syafi'iyah (Peringkat-peringkat Ulama Mazhab Syafii).

Kitab sejarahnya yang dianggap paling penting dan terkenal adalah Al-Bidayah. Ada dua bahagian besar sejarah yang terkandung menurut buku tersebut, yakni sejarah kuno yang menuturkan mulai dari riwayat penciptaan hingga masa kenabian Rasulullah SAW dan sejarah Islam mulai dari tempoh dakwah Nabi ke Makkah hingga pertengahan abad ke-8 H. Kejadian yang berlangsung setelah hijrah disusun berdasarkan tahun kejadian tersebut. Tercatat, kitab Al-Bidayah wa an-Nihayah merupakan sumber primer terutama untuk sejarah Dinasti Mamluk di Mesir. Dan karenanya kitab ini seringkali dijadikan bahan rujukan dalam penulisan sejarah Islam.

Ilmu fiqh
Dalam ilmu fiqih, Ibnu Katsir juga tidak diragukan keahliannya. Oleh para penguasa, ia kerap dimintakan pendapat menyangkut persoalan-persoalan tata pemerintahan dan kemasyarakat yang terjadi kala itu. Misalnya saja saat pengesahan keputusan tentang pemberantasan korupsi tahun 1358 serta upaya rekonsiliasi setelah perang saudara atau peristiwa Pemberontakan Baydamur (1361) dan dalam menyerukan jihad (1368-1369). Selain itu, ia menulis buku terkait bidang fiqih didasarkan pada Alquran dan hadis.

Sumber:
http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Katsir

Thursday 28 June 2012

Ibnu Kathir qari terkenal Mekah

Ibnu Kathir qari terkenal Mekah












Qiraat ibn Kathir al-Makki menjadi amalan majoriti penduduk Islam Mekah.


Imam Ibn Kathir adalah tokoh al-Quran di Mekah al-Mukarramah. Nama penuhnya ialah Abdullah Ibn Umar Ibn Abdullah Ibn Zadan. Beliau lahir pada tahun 45 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 hijrah.
Ibn Kathir yang dibincangkan di sini ialah qari yang terkenal di kota Mekah dan bukannya Ibn Kathir yang menulis kitab tafsir yang dikenali sebagai tafsir Ibn Kathir.
Penulis kitab tafsir Ibn Kathir bernama Ismail Ibn Umar Ibn Kathir, lahir pada tahun 700 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 hijrah di Syria.
Penjelasan sebegini amat penting kepada awam supaya tidak terkeliru dengan nama Ibn Kathir. Di mana terdapat Ibn Kathir yang alim dalam bidang qiraat dan Ibn Kathir yang alim dalam bidang tafsir.
Di kalangan Qurra Tujuh, jika dilihat dari sudut tarikh lahir, qari yang paling senior ialah Imam Ibn Kathir.
Beliau sempat berjumpa dengan beberapa sahabat Rasulullah SAW dan meriwayat daripada mereka. Antara mereka ialah Abdullah Ibn al-Zubair, Abu Ayyub al-Ansari, Anas Ibnn Malik dan lain-lain.
Dalam pengajian al-Quran, Ibn Kathir menekuni bacaan al-Quran daripada beberapa guru antaranya ialah Dirbas iaitu hamba Ibn Abbas ra, Mujahid Ibn Jabr, Abdullah Ibn al-Saib dan lain-lain. Jalur sanad Ibn Kathir daripada gurunya Abdullah Ibn al-Saib adalah amat hampir dengan Rasulullah SAW.
Di mana Abdullah Ibn al-Saib mengambil al-Quran daripada gurunya Ubay Ibn Kaab dan Umar Ibn al-Khattab r.a. Dan kedua-dua sahabat r.a ini mengambil al-Quran daripada Rasulullah SAW.
Perlu diberi perhatian bahawa Imam Syafie yang membesar di Kota Mekah telah menjadikan qiraat Ibn Kathir sebagai amalannya.
Beliau memujinya dengan berkata: "Qiraat kami adalah qiraat Ibn Kathir dan aku mendapati ia menjadi amalan penduduk Mekah."
Semasa hayatnya, Ibn Kathir adalah rujukan utama penduduk Mekah dalam permasalahan bacaan al-Quran. Ramai di kalangan mereka yang bertalaqqi al-Quran dan menjadi muridnya.
Antara mereka ialah al-Khalil Ibn Ahmad, Hammad Ibn Salamah, Sufiyan Ibn 'Uyainah, Abu Amru Ibn al-Ala' dan lain-lain.
Abu Amru Ibn al-Ala' pernah menyatakan: "Aku khatam al-Quran di hadapan Ibn Kathir selepas aku khatam di hadapan Mujahid dan Ibn Kathir lebih alim dalam ilmu bahasa arab berbanding Mujahid."
Walaupun Ibn Kathir mempunyai ramai murid namun perawinya mengambil qiraatnya secara perantaraan.
Perawi pertamanya ialah al-Bazzi. Beliau lahir pada tahun 170 hijrah dan meninggal pada tahun 250 hijrah. Beliau bertugas sebagai bilal di Masjid al-Haram dan juga imam selama 40 tahun.
Perawi keduanya ialah Qunbul. Lahir pada tahun 195 hijrah dan meninggal pada tahun 291 hijrah. Jika dilihat tarikh meninggal Ibn Kathir iaitu pada 120 hijrah dan tarikh lahir kedua perawinya iaitu 170 hijrah dan 195 hijrah, satu persoalan bermain di fikiran kita bagaimana al-Bazzi dan Qunbul boleh menjadi perawi kepada Ibn Kathir?
Jawapannya adalah kedua-duanya adalah perawi Ibn Kathir dan mengambil Qiraat Ibn Kathir secara perantaraan atau disebut wasitah.
Kedua-duanya mengamal Qiraat Ibn Kathir dan mengajarnya kepada penduduk Kota Mekah.
Qiraat Ibn Kathir dan perawinya tidak berkembang sebagaimana Riwayat Hafs, Riwayat Warsy, Qalun atau al-Duri. Maskipun begitu, Qiraat Ibn Kathir boleh dipelajari di pusat pengajian al-Quran sama ada dalam atau luar negara.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


Posted by Ershad

Saturday 23 June 2012

Biodata Imam Ibnu Kathir

Biodata Imam :
- Nama : Abdullah Bin Kathir Bin Amru Bin Abdullah Bin Zazan Bin Fairuz Bin Harmuz.
- Tarikh Lahir : 40H di Mekah.
- Tahun Wafat : 120H di Mekah.
- Kinayah : Abu Ma’bud.
- Sifatnya :
· Berbadan tegap dan tinggi.
· Berkulit hitam manis.
· Bermata biru.
· Fasih dan pandai berkata-kata.
- Anak Muridnya : Mempunyai ramai anak murid , anak muridnya yang masyhur iaitu Bazzi dan Qunbul